Perjalanan ke Kota Mekah

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambung penulisan yang dah lama tercoret di dada buku tinggal nk di titipkan di sini jer.. Aktiviti harian kekadang membataskan penulisan diteruskan... moga diberi masa untuk fiza sempurnakan penulisan seterusnya...

Setelah 3 hari dan 2 malam berada di Madinah, kami meneruskan langkah kami ke Tanah Haram Mekah dengan niat untuk menunaikan umrah...Sekitar 10 pagi selepas menunaikan subuh dan menyampaikan salam terakhir kami kepada baginda RasulAllah SAW , kami menuju ke Miqat Bir Ali yang hanya lebih kurang setengah jam dari kota Madinah..Di sana kami menyempurnakan niat umrah dan solat sunat... Haziq dan Syafiq ikut papanyer...adik jer ikut mama... dan mama niatkan untuk adik juga untuk menunaikan umrah... Alhamdulillah lepas dipujuk2 mau juga adik memakai ihram...so cute... hehe..
Adik dah siap berihram


artist bz bila ada ja peminat nak amik gambo..hehe

 Perjalanan antara Mekah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 4jam lebih.. dan kami hanya ditemani bukit2 tandus dan padang pasir sahaja...cuaca agak mendung menambahkan lagi kesejukan kami..



Dugaan awal buat kami bilamana sepanjang perjalanan ke Mekah, kami terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan masalah teknikal pada beg yang diikat di atas bumbung kereta... beberapa kali juga abah dan shah terpaksa berhempas pulas membetulkan ikatan dengan memakai ihram...tapi alhamdulillah jam 4ptg kami selamat sampai ke Mekah...
Dari jauh , jejaknya kami ke tanah haram, aku membaca doa memasuki kota Mekah... Ya Allah betapa sedihnya membaca doa tersebut sehingga teresak2 aku membacanya membuatkan ahli keluarga lain pun sedih... Terasa diri ini terlalu hina untuk menjejakkan kaki ke tanah haram Mu Ya Allah... dan terasa sangat bersyukur diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Mu...
Dengan bantuan GPS, kami sampai di hotel kami...agak jauh dari Masjidil haram tapi kami hanya menempah untuk 2 malam shj sementara mencari hotel lain yg berdekatan yg tak tersenarai dalam online booking..


Selesai jamak solat zohor dan asar, kami bergegas untuk mendapatkan bas ke Masjidil Haram... Berbunga2nya hati, tak sabar tuk melihat kaabah...

No comments:

Post a Comment