Alhamdulillah selepas subuh, selesai sarapan, (hmm masak nasi goreng jer...hehe) kami memulakan ziarah luar kami dgn dimulakan ke Masjid Quba... semua tpt ziarah kitorang pergi dengan kereta... but dinasihatkn, sila sediakan map sebelum perjalanan coz dikhuatiri GPS tk jumpa tpt2 tu... hehe
Inilah Masjid Quba...Masjid pertama yang Nabi Muhammad SAW bina sesampainya baginda ke Madinah dan tanah tapak masjid tersebut adalah tanah 2 orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl.
Waktu kitorang sampai ke masjid tersebut mmg org sgt ramai... dh mcm kat Raudhah, terpaksa berebut2 nak masuk di pintu masuk ...dihimpit dan ditolak..adei, dh le sambil dukung adik...nasib tk terjatuh.. tp alhamdulillah dapat tempat sembahyang yg cukup tenang...dn puas hati dpt sembahyang dan berdoa tanpa ditolak tolak... dh tu bleh le doa panjang sket...hhehe :)
Berhadapan masjid Quba, ada la org menjual2..mcm2 yg dijual...kekadang sampai tk kenal pun bende apa ntah...nk tanya dh susah tk pandai berbahasa Arab..mostly diorang kt sini mmg tk pandai berbahasa inggeris... so, sesapa yg pandai ckp arab tu , kira advantage ler.. but , jgn lupa beli kurma sejuk tu...hmm sgtt sedappp.. i like...i like... :D hehe..
Next destination is Masjid Qiblatain....
Masjid Qiblatain ni masjid di mana terdapatnya 2 arah kiblat... Nabi Muhammad menerima wahyu Allah mengarahkan baginda menukar arah kiblat dari Jerusalem kepada Kaaba, Mecca. dan sehingga sekarang Kaaba sebagai kiblat kita...
Hmm...bercadang nk menunaikan solat sunat di Masjid Qiblatain juga tp dh adik nangis plak.. jadi kitorang tk jd nk menunaikan solat dgn org yg ramai.. abah, haziq ngan husband je yg solat.. dh nk balik kalut husband cari kasut...rupanya ada org pinjm tuk amik air sembahyang...so, klau kasut korang tak de tu, tunggu le kejap, ada je yg minjam nk amik wuduk..hehe
sempat posing2 depan masjid...hehe
Last place to visit.... Jabal Uhud
Ini bukit pemanah yg menceritakn bagaimana 50 org pemanah yg diketuai oleh Abdullah bin Jubayr telah diarahkn oleh Nabi Muhammad SAW untuk berkawal dan tidak berganjak dr bukit ini sewaktu peperangan uhud... Mereka telah berjaya membunuh ramai orang Quraish dan apabila ramai orang Quraish tewas, mereka berasa mereka sudah menang lalu mereka berlari turun untuk mendapatkan barangan dr orang Quraish yg ditembak mati... mereka engkar arahan Nabi Muhammad SAW.. selepas dari itu, tanpa disedari mereka telah diserang dr belakang oleh tentera Quraish dan ramai umat islam yang tewas termasuklah pakcik nabi Muhammad iatu Hamzah rodhiallahuanhu..
Di sinilah tempatnya penmanah2 itu turun dan disinilah disemadikan mayat2 mereka yg mati syahid termasuk pakcik rasulallah...
Selesai ziarah, kami bergegas untuk ke masjid al nabawi untuk menunaikn zohor.. alhamdulillah tk terlepas setiap waktu untuk sembahyang di masjid al nabawi....seperti yg kita tahu, ganjarannya sgt besar... rugi klau tak berkesempatan untuk solat di masjid al nabawi...