Jejak kaki pertama di Masjidil Haram

Kami tiba di masjidil haram dalam beberapa minit lagi sebelum azan Maghrib... niat hati nak tenung lama2 kaabah dan panjatkan doa tatkala melihat kaabah... tapi agak mengecewakan pabila masing2 sibuk bersiap untuk solat maghrib... kami pula diarahkan untuk bergerak mencari tempat untuk solat... sempat memandang kaabah tapi tidak sepenuhnya... mungkin belum masanya... terpaksa sabarkan diri... apa pun aku bersyukur kerana aku sudah menjejakkan kakiku di rumah Mu Ya Allah... alhamdulillah dapat menunaikan solat maghrib berjemaah di masjidil haram...
Dalam keadaan yang masih dalam ihram, kami masih berbelah bahagi untuk meneruskan umrah atau menunggu selepas isyak... kata2 abah kami turutkan, keputusan dibuat, selepas isyak kami menunaikan umrah pertama kami... kami duduk berehat seketika sementara menunggu isyak..kelihatan masing2 sudah agak keletihan seleps perjalanan yg agak jauh... perut pun dah rasa lapar.. hmmm selesai isyak, kami mengisi kekosongan perut dulu ...biar semuanya selesa dan bertenaga semula... itulah pertama kali ku jejakkan kaki ke clock tower...




Selepas menjamu selera, masing pun mengumpul semangat dan tenaga n actually very excited to make our first umrah...bukan setakat kami org dewasa, alhamdulillah anak2 yg selalu tidur awal pun masih bertenaga untuk menunaikan umrah...Syukur kepada Mu YaAllah... ini semua dengan izinmu...

Umrah pertama kami alhamdulillah berjalan lancar dan hilang lelah kami terutamanya masa melakukan saie pabila melihat telatah adik yang sekejap2 berlari menganggu papa dan abang2nya... Sewaktu tawaf...almaklumla my first tyme...abah, haziq dan yani, harus berjalan depan kami... mak dan syafiq je kekadang terasing... abah sebagai guide kami... bila sampai kat lampu hijau mesti nak tanya, baca apa abah? hehehe.....mcm le susah sgt nk ingat...pastu sepanjang tawaf, dpt juga baca doa dr buku yg dibekalkan mak... husband kat seblah, aminkan aje sambil mendukung adik... sekejap je doa, kemudian kami zikir hingga masuk round ke2..dan seterusnya...hehehe
Anak2 ku...


sibuk nk baca niat...hehe

seronok berlari2 kt lampu hijau

have a rest jap...hehe


alhamdulillah selesai...yeaahh


Kami selesai menunaikan umrah pertama pada pukul 12.30tgh malam...syukur anak2 mama kuat2 dan bertenaga... kami menaiki shuttle bas untuk balik ke hotel..

1 comment:

  1. 1xbet korean | Legalbet.co.kr
    1xbet korean. 바카라 사이트 1xbet korean. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet korean 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. 1xbet. งานออนไลน์

    ReplyDelete